Thursday, April 28, 2016

Fahami Fitrah Kanak - Kanak

Bismillahirrahmanirrahim

Teks susunan : Mardhiah Samsuri
             
       

      Hadis ini memberi gambaran kepada kedua ibubapa akan keperluan memahami fitrah anak - anak. Memahami fitrah anak - anak mencakup perkara berikut:

       

1.    Memahami psikologi perkembangan kanak-kanak
2.    Memahami prinsip-prinsip pembelajaran
3.    Memahami keperluan kanak-kanak
4.    Memahami personaliti kanak-kanak dan cara terbaik menyantuni mereka
5.    Mengetahui masalah yang boleh berlaku sekiranya berlaku kesilapan dalam pendidikan


       Selain itu, Hadis ini memberi gambaran tentang kepentingan kemahiran keibubapaan. Kemahiran keibubapaan ini mencakup perkara berikut :

1.       Mengetahui proses kehamilan dan kelahiran

2.       Mengetahui perkembangan bayi, penjagaan dan permasalahannya
3.       Mengetahui perkembangan otak dan perkara-perkara yang merangsang otak atau merosakkannya
4.       Memahami perkembangan kanak-kanak dari sudut psikologi – perkembangan fizikal, mental, sosioemosi, komunikasi, seksual dan spiritual
5.       Mengetahui faktor2 yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak
6.       Mengetahui teknik komunikasi dengan kanak-kanak
7.       Mengenalpasti masalah perkembangan kanak-kanak dan intervensi yang bersesuaian 

Inilah antara kunci penting menjayakan usaha mendidik anak - anak agar mereka tumbuh membesar dalam suasana fitrah mereka diraikan.

Teks disusun daripada bahan Modul Belaian Fitrah yang disediakan oleh Puan Hajah Azlina Roszy bt. Mohamad Ghaffar.
 
  

No comments:

Post a Comment