Pengenalan

PENGENALAN

Belaian Fitrah merupakan Modul Keibubapaan IKRAM di bawah JawatanKuasa Pemantapan Keluarga Ahli (Jk PeKA) IKRAM. Modul ini sebagai usaha sokongan untuk ahli-ahli IKRAM. Modul ini dirangka dari inspirasi hadis berikut:

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

Bermaksud: “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih) dan ibubapanya yang mencorakkan kehidupan anak itu samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”.
[Hadith Riwayat Bukhari]


OBJEKTIF

  1. Menerangkan falsafah pendidikan anak-anak di dalam Islam (Tarbiatul Aulad)
  2. Menekankan pentingnya ibubapa mempunyai pelbagai pengetahuan dan kemahiran berkaitan perkembangan kanak-kanak.
  3. Memberikan kefahaman tentang perjalanan hidup seorang anak bermula dari aspek kehamilan dan kelahiran.
  4. Memberikan kefahaman tentang perkembangan psikologi kanak-kanak menurut fasa iaitu fasa bayi, prasekolah, kanak-kanak dan remaja.
  5. Membina kemahiran berkomunikasi dengan kanak-kanak menurut fasa perkembangan manusia.
  6. Membincangkan keperluan menjadi ibubapa cemerlang serta ciri-ciri ibubapa cemerlang.
  7. Membincangkan beberapa kesalahan dan kelemahan ibubapa dalam mendidik anak-anak.
  8. Mengenali dan memahami kanak-kanak berkeperluan khas.



OBJEKTIF KHUSUS


  1.           Ibubapa mempunyai pertalian ruh yang rapat dengan kesemua anak-anaknya untuk membimbing anak-anak di dalam meniti kehidupan masing-masing
  2.         Hubungan yang rapat dan mantap serta komunikasi efektif di antara ibu bapa dan anak yang membolehkan anak menerima fikrah dan dakwah IKRAM serta menjadi pewaris dakwah IKRAM


      Mudah-mudahan usaha ini akan menyuntik semangat dan motivasi pada ahli IKRAM untuk memberikan tarbiyah awal pada anak-anak supaya mereka menjadi Pewaris Dakwah ini. Mudah-mudahan mesej dari kalam Ilahi ini subur di hati ahli IKRAM:




       “Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang-orang yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraannya). Oleh sebab itu, hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar”. [An Nisa’: 9]


No comments:

Post a Comment